GELOMBANG PANAS MERENTASI ASIA, BUKAN HANYA DI MALAYSIA

Beberapa kawasan di Asia sedang mengalami cuaca panas terik berikutan gelombang haba melepasi suhu pecah rekod dari Myanmar hingga Filipina, sekali gus memaksa jutaan kanak-kanak tinggal di rumah dan tidak ke sekolah.

Saintis memberi amaran keadaan itu akan menjadi lebih kerap kerana perubahan iklim. Cuaca panas melanda sebahagian besar Asia Selatan dan Asia Tenggara, dengan suhu pecah rekod di Chauk, Myanmar dan ibu negara Filipina, Manila, sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan amaran mengenai keadaan yang teruk, manakala pihak berkuasa di Kemboja, Myanmar, Vietnam, India dan Bangladesh, meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius. Filipina dan Bangladesh kedua-duanya menggantung pembelajaran secara bersemuka, manakala India sedang mengkaji sama ada cuaca panas menjejaskan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negara.

Kawasan utara di Jepun turut terjejas, dengan suhu di Sapporo pada bulan ini melepasi 25 darjah Celsius. Musim tengkujuh atau musim hujan di rantau ini adalah panas tetapi suhu tahun ini adalah atas suhu purata di banyak negara. Menurut pakar, perubahan iklim menyebabkan gelombang haba yang lebih kerap dan lebih lama.

Sementara itu, Pertubuhan Meteorologi Sedunia, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Asia mengalami pemanasan lebih cepat daripada purata global. Ahli meteorologi dan felo penyelidik pelawat di Universiti Teknologi Sydney berkata, fenomena El Nino memainkan peranan terhadap suhu panas pada tahun ini.

Setakat hari ini di Malaysia, direkodkan bilangan hari tanpa hujan sehingga 1 Mei 2024 berdasarkan bacaan disetiap stesen adalah paling tinggi sebnayak 21 hari tanpa hujan iaitu di Stesen Kota Bharu dan Stesen Gong Kedak, Besut. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa minum air secukupnya dan tidak melakukan aktiviti diluar rumah ketika cuaca panas yang mencecah melebihi 35 darjah celcius.

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …