PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan beragama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan, berkata peruntukan itu termasuk pembelian al-Quran Braille untuk memudahkan golongan berkenaan membaca.

Katanya, selain itu, peruntukan itu turut membabitkan kemudahan dan penganjuran latihan yang bersesuaian kepada golongan itu yang dikendalikan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

“Oleh itu, UnIPSAS diharap menggerakkan aktiviti berbentuk kursus dan latihan untuk meningkatkan jumlah guru al-Quran Braille yang berkemahiran di negeri ini.

“Saya juga mengharapkan UnIPSAS dapat melaksanakan dengan lebih giat promosi di seluruh Pahang supaya semua OKU penglihatan dapat mengambil bahagian dalam pengajian al-Quran,” katanya.

Sabariah berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Al-Quran bagi OKU Penglihatan peringkat Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad.

Beliau berkata, UnIPSAS mengorak langkah ke hadapan berbanding universiti lain dengan menyediakan kepakaran, modul dan penyelidikan berkaitan OKU.

“Hal ini menunjukkan UnIPSAS mempunyai kemampuan tinggi dan sentiasa bersedia memartabatkan ilmu dalam kalangan OKU.

“Ia sekali gus membuktikan kekurangan fizikal bukan menjadi penghalang kepada golongan ini untuk berjaya dalam bidang akademik dan pembinaan sahsiah,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …