NAHAS HELIKOPTER LUMUT: KERAJAAN NEGERI SEMBILAN UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA

Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tragedi itu sebagai amat menyedihkan selain mendoakan keluarga mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ketika ini.

Beliau pihak kerajaan negeri rakamkan ucapan takziah kepada 10 keluarga yang terlibat dan mendoakan kesemua ahli keluarga dapat bersabar dengan ujian ini. Terdahulu, 10 terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter di Lumut, Perak.

Salah seorang mangsa korban, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dijangka dikebumikan di Forest Height, Senawang selepas Maghrib.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut