2 BURUH DITAHAN CUBA SELUDUP DADAH KE SIBU GUNA PENERBANGAN

SHAH ALAM: Dua buruh termasuk seorang warga Indonesia binaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 kelmarin selepas dikesan menyeludup dadah menggunakan penerbangan ke Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, dua suspek berusia 29 dan 44 tahun itu ditahan ditahan kira-kira jam 4.11 pagi selepas pemeriksaan ke atas bagasi dan beg sandang mereka menemukan 7,000 gram dadah jenis Methamphetamine, selain 5,960 gram pil Erimin 5 dan 61 gram ekstasi.

Beliau berkata, dadah dalam bagasi dan beg sandang yang dibungkus beberapa lapisan menggunakan plastik hitam itu dikesan menerusi mesin pengimbas.

Susulan tangkapan itu, katanya polis melakukan serbuan susulan ke sebuah kondominium di Seri Kembangan di mana 9,000 gram pil erimin 5 dan 169.65 gram ketamine lagi dirampas.

“Nilai keseluruhan dadah dirampas dalam kedua-dua kes itu adalah RM1.76 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ia bukan kali pertama suspek menggunakan modus operandi terbabit dan mereka juga tidak pernah menggunakan keldai dadah sepanjang beroperasi.

“Kedua-dua suspek dijangka berlepas ke Sibu, Sarawak awal pagi terbabit dan dadah dipercayai untuk pasaran di negeri itu,” katanya.

Ditanya sama ada kegiatan itu ada membabitkan orang dalam, Sasikala Devi berkata, setakat ini siasatan tidak menunjukkan perkara itu, namun suspek dipercayai menukar modus operandi dengan kepada awal pagi berikutan kurang pergerakan orang ramai.

“Semakan mendapati lelaki daripada suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Dua suspek itu kini direman tujuh hari sehingga 28 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …