CADANGAN TAMBAH BAIK GAJI PENJAWAT AWAM AKAN DIUMUM PADA PERHIMPUNAN HARI PEKERJA KELAK

CADANGAN TAMBAH BAIK GAJI PENJAWAT AWAM AKAN DIUMUM PADA PERHIMPUNAN HARI PEKERJA KELAK

Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja yang bakal diadakan kelak.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang dipengerusikannya hari ini bagi membincangkan dengan lebih lanjut struktur gaji penjawat awam, hampir memuktamadkan penambahbaikan berkaitan perkara itu.

Yab Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, berkata perkara itu seterusnya akan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya ingin tegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

“Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah, semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” kata beliau.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …