APAKAH ITU AKTA 522-AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994

Beras merupakan barangan kawalan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras [Akta 522]. Pengilang, pemborong dan peruncit yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan Tindakan tegas di bawah Akta 522 iaitu:

  1. Menyorok beras dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan
  2. Menyimpan beras melebihi had yang dibenarkan
  3. Menyimpan beras di dalam stor/ Gudang yang bukan dilesenkan
  4. Memindahkan padi/ beras tanpa permit pindahan antara negeri (Semenanjung Malaysia)
  5. Menjual beras secara borong atau runcit tanpa lesen
  6. Menjual beras melebihi harga kawalan
  7. Meletakkan syarat jualan membeli beras


Semua peniaga diingatkan agar mematuhi peraturan dan perundangan berkaitan urus niaga beras yang ditetapkan termasuk jualan beras dalam talian. Urus niaga beras memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. Menjual beras tanpa lesen merupakan satu kesalahan di bawah Akta 522. Hanya peniaga yang mempunyai lesen yang sah dibenarkan untuk menjual beras dalam talian
Peniaga hanya menjual beras dari sumber yang sah

Sumber : Kementerian Pertanian Fan Keterjaminan Makanan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …