2 KELISA DISITA DALAM CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK PETROL

TUMPAT 21 April : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Penyelewengan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sempadan negara sekitar Kota Bharu – Tumpat, Kelantan.
Lokasi kejadian di sebuah stesen minyak Kepulau, Palek Bang, Tumpat, Kelantan pada jam 1.00 petang kelmarin telah menyita secara serentak keseluruhan anggaran 150 liter minyak petrol bersama dua buah kenderaan jenis berpendaftaran tempatan disyaki tangki telah diubah suai.
Dua buah kenderaan yang disita iaitu 2 buah kenderaan Perodua Kelisa disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pemeriksaan lanjut mengesyaki tangki kenderaan telah diubahsuai dan menjumpai beberapa saluran untuk mengeluarkan minyak petrol dipercayai untuk tujuan penyelewengan.
Pemilik stesen minyak turut diambil tindakan dengan menahan untuk tindakan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …