TAHUKAH ANDA, MALAYSIA SAMBUT 6 PERAYAAN PADA BULAN APRIL

Minggu lepas pada bulan April, Malaysia menyambut enam perayaan walaupun tidak kesemuanya diiktiraf sebagai cuti umum. Malaysia sememangnya terkenal kerana memiliki banyak cuti umum dan perayaan oleh disebabkan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini. enam perayaan yang diraikan minggu lepas di Malaysia adalah:

  1. Sambutan Ugadi (9 April).

Bagi orang keturunan Telugu, sambutan tahun baharu ialah Ugadi yang berasal daripada kata “yugadi” iaitu gabungan “yuga” (tempoh masa) dan “adi” (permulaan). Di Malaysia, Ugadi diraikan masyarakat Telugu. Di negara India pula, Ugadi atau Yugadi disambut orang keturunan Telugu, Tulu, Kodava dan Kannada di negeri Andra Pradesh, Telangana, Karnataka dan Goa.

  1. Hari Raya Aidilfitri (10 – 11 April).

Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).

  1. Vaisakhi (13 April).

Vaisakhi dalam Bahasa Panjabi iaitu ਵਸਾਖੀ (vaisākhī) dan juga dikenali sebagai Baisakhi. Perayaan ini adalah pesta menuai di Punjab dan ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan musim suria baru yang disambut oleh masyarakat sikh.

Perayaan ini dinamakan Vaisakhi kerana masyarakat ini percaya bahawa vaisakhi ini dikatakan diasaskan oleh Guru Amar Das pada tahun 1567. Pada hari ini semua penganut sikh akan berkumpul untuk mendapat restu daripada guru-guru mereka. Hari Vaisakhi ini disambut pada 13 April setiap tahun kerana ia dianggap sebagai hari lahir bagi undang-undang Khalsa (suci) yang diamalkan oleh masyarakat ini.

  1. Tahun Baru Tamil (14 April).

Sambutan tahun baharu kaum India yang lebih dikenali di Malaysia ialah Chittirai Puttandu iaitu sambutan komuniti Tamil. Perhatian yang lebih diberi kepadanya kerana majoriti kaum India di negara ini keturunan Tamil. Tarikh perayaan ditetapkan dengan kitaran suria dalam takwim Hindu, seperti hari pertama bulan Tamil Chithirai.

  1. Hari Vishu (14 April).

Sambutan tahun baharu bagi orang Malayali dikenali sebagai Vishu dan jatuh pada 14 April juga. Di Malaysia, ia lebih merupakan sambutan secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga. Keunikan sambutan Vishu ialah pada amalan vishukani yang membawa makna “objek pertama yang dilihat pada tahun baharu”.

Beberapa sayur, buah, objek dan barangan kemas diletakkan pada talam khas untuk dipandang sebaik bangun pada pagi Vishu. Satu lagi keunikan Vishu yang disambut orang Malayali ialah Vishu sadhya iaitu makan tengah hari tradisional.

  1. Songkran (13 – 15 April).

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Malaysia turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.

Sumber: The Rakyat Post

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut