KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lalu berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata terdapat satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan bagi ME ke-15 ini.

Katanya, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME ke-15 adalah sebanyak 48,329 kes berbanding 33,325 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

“Terdapat 35 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 21 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

“Sebanyak 107 lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu ini berbanding 119 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Dari jumlah keseluruhan lokaliti yang dilaporkan, 87 lokaliti di Selangor, sembilan lokaliti di WPKL dan Putrajaya, empat lokaliti di Pulau Pinang, dua lokaliti di Kedah serta masing-masing satu lokaliti di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata suvelan chikungunya pula direkodkan sebanyak dua kes dan terdapat satu wabak chikungunya masih aktif pada minggu ini, menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini adalah 23 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 740 sampel darah dan empat sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya negatif.

“Peningkatan pergerakan disebabkan aktiviti sambutan Aidilfitri akan meningkatkan risiko jangkitan terutama di lokaliti yang mempunyai kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi apabila terdapat banyak tempat pembiakan di persekitaran,” katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya mengamalkan langkah pencegahan gigitan nyamuk menggunakan bahan penghalau nyamuk (repelan).

“Tutup anggota badan yang terdedah seperti memakai baju lengan panjang dan seluar panjang terutama berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk Aedes,” katanya.

Layari laman sesawang iDengue https://idengue.mysa.gov.my bagi mendapatkan status kejadian kes demam denggi, wabak serta hotspot di lokaliti kediaman serta lokaliti yang dilawati.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut