SISIPAN SEJARAH PADA 17 APRIL 1950: PENUBUHAN JEMAAH MENTERI PERANG MALAYA

Pada hari ini dalam tahun 1950, Jemaah Menteri Perang Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan dipengerusikan oleh Lt. Jen. Sir Harold Briggs, Pengarah Operasi Persekutuan Tanah Melayu. lanya ditubuhkan semasa darurat untuk memerangi pengganas komunis di Malaya. Di dalam ucapannya Lt. Jen. Briggs menyatakan matlamat utama penubuhan Jemaah Menteri Perang ini adalah untuk menyatukan gerakan anti-pengganas komunis, menghapuskan fahaman komunis di Malaya dan mentadbirkan kawasan-kawasan putih yang dulunya dipengaruhi komunis. Untuk memastikan kejayaan rancangan ini Pegawai-pegawai Kerajaan dan Polis telah ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu. Mereka juga bertanggungjawab dalam pergerakan dan pemindahan semula penduduk.

Semenjak penubuhan jemaah Menteri Perang ini, pasukan keselamatan telah mencapai kejayaan cemerlang apabila mereka berjaya membunuh seramai 639 orang pengganas komunis dan menawan 491 orang. Sir Briggs juga berkata bahawa polisi am dan langkah perang adalah amat dititikberatkan dan segala apa yang akan digunakan untuk membenteras komunisme hingga ke akar umbi mestilah disegerakan. Sungguhpun demikian ‘martial law’ tidak diperlukan kerana perlaksanaannya memerlukan mahkamah militer tambahan pula undang-undang yang ada memadai serta sesuai dengan keadaan dan masa. Penubuhan Jemaah Menteri Perang Malaya pada hari ini dalam tahun 1950, telah mencapai kejayaan cemerlang dalam usaha untuk memerangi pengganas komunis. Dengan keberanian pasukan keselamatan dan kerjasama orang ramai gerakan pengganas komunis telah dapat dilumpuhkan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …