KERAJAAN NEGERI PANTAU KEADAAN PENUNTUT SABAH YANG BELAJAR DI TIMUR TENGAH

KOTA KINABALU (16 April): Berikutan krisis terkini di Timur Tengah, ibu bapa dan keluarga yang anak-anak mereka yang sedang menuntut di sana diminta agar bertenang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan & Hal Ehwal Islam, Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kerajaan menerusi Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi memantau keadaan anak-anak Malaysia yang sedang berada di sana khasnya di Jordan dan Mesir.

Katanya, Kerajaan Negeri Sabah juga dari masa ke masa akan berhubung dengan pihak Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini. Katanya, untuk rekod setakat ini terdapat 248 anak-anak Sabah yang sedang menuntut di Mesir, 79 di Jordan dan 9 di Arab Saudi.

“Mereka ini belajar di beberapa buah universiti dalam pelbagai jurusan dan mendapat biasiswa, dermasiswa dan ada juga yang belajar dengan biaya sendiri. Antara penaja mereka adalah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, MUIS, dan JPA.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …