OPS KHAS BULAN PERAYAAN 2024 PEMERIKSAAN BAS EKSPRES DI TERMINAL ONE, SEREMBAN

Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA), JPJ Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan Bas Ekspres di Terminal 1, Seremban Negeri Sembilan pada 15 April 2024.

Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutama bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan seperti memastikan bas dalam keadaan baik dan memuaskan, pemandu mempunyai lesen memandu yang sah, pemeriksaan buku log pemandu bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas melebihi 300km atau perjalanan 4 jam berterusan di patuhi sepenuhnya oleh pemandu dan pengusaha bas ekspres.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah dibawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …