𝗒𝗣𝗦 π—₯π—˜π— π—£π—œπ—§

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Ops Rempit, pencegahan lumba haram telah diadakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Penguatkuasaan iniΒ  bertujuan bagi mencegah aktiviti rempit, lumba haram atau uji kelajuan motosikal, yang didapati terdapat aktiviti ini terutama pada lewat malam hingga ke waktu awal pagi. Diantara kesalahan dikesan dalam operasi ini ialah pengubahsuai motosikal secara extreme bagi tujuan tambah kelajuan, tayar sotong, tanggal brek belakang, pamir nombor pendaftaran fancy, tukar swing arm, ubahsuai ekzos, memandu bawah umur, tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, tidak pamir pelekat P dan lain-lain kesalahan teknikal.

Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community Β Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut