KEKAL SILATURRAHIM WALAUPUN BERBEZA AGAMA

Mempunyai keluarga yang menganuti agama berbeza bukanlah penghalang sebuah keluarga di sini berkumpul bersama bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.Malah pendirian Ismail Abdullah,39, memeluk Islam pada 2008 itu dihormati ahli keluarganya yang beragama Buddha dan Kristian selain sentiasa mendoakan yang terbaik buat kesejahteraan mereka.

Beliau yang sudah 16 tahun memilih Islam, sukar mengungkapkan perasaannya yang begitu indah dan dalam tempoh itu juga ahli keluarga tetap menyokong serta saling mengekalkan persaudaraan yang ada ini. Setiap tahun juga dia tidak akan lepaskan peluang untuk berkumpul bersama dan ia umpama sebagai perayaan yang dapat mengeratkan silaturrahim keluarga. Mereka dapat berkongsi pelbagai kisah dan kemeriahan itu akan terus menjadi kenangan bermakna buatnya sekeluarga.

Menceritakan mengenai permulaannya memilih Islam, segalanya bermula di bangku sekolah, tambahan kebanyakan rakannya ramai beragama Islam sekali gus lebih mudah faham mengenai agama berkenaan. Sebelum itu beliau pernah bermimpi seorang lelaki memakai jubah seolah-olah memberi gambaran tentang Islam, maka hatinya lebih teruja untuk mengetahui lebih dalam mengenai Islam.

Pada mulanya ibunya terkejut juga tetapi selepas di terangkan mengenai niat dan tujuan  memeluk Islam akhirnya dia faham. Apa sahaja yang beliau lakukan mak akan menjadi keutamaan saya. Dia orang pertama yang akan di maklumkan.

Selain itu, pendiriannya memilih Islam mendorong beliau menerokai dan belajar sehingga ke peringkat doktor falsafah, di UiTM Kuala Pilah dalam bidang pengajian Islam.

Sumber:Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …