YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP DUTA BESAR CHINA KE MALAYSIA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima mengadap TYT Ouyang Yujing, Duta Besar China ke Malaysia pada pagi hari ini (12 April).
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda adalah bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Dalam sesi mengadap ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas.
China adalah salah satu kuasa ekonomi dunia yang penting dan rakan dagang yang besar kepada Malaysia.
Seri Paduka Baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksportnya ke China.
Seri Paduka Baginda juga berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.
Dalam pertemuan yang sama, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan dengan Hongqi L5, sebuah kereta keluaran China dan Seri Paduka Baginda merupakan pemilik pertama di dunia.
Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.
Hadir sama, Encik Wang Lingyu, Presiden FAW Hongqi Global; Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.
Foto Istana Negara
Mungkin imej 2 orang, cermin pandang belakang, kereta dan teks
Mungkin imej 1 orang dan teks
Mungkin imej kereta dan teks
Mungkin imej 3 orang dan teks
Mungkin imej 5 orang dan teks
Mungkin imej 5 orang dan teks
Mungkin imej 10 orang, sut dan teks
Mungkin imej 2 orang, kereta, jip dan teks

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM: KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perairan negara merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan Malaysia. Hal ini …

ULEK MAYANG DAN RODAT: MEMELIHARA KEASLIAN WARISAN BUDAYA TERENGGANU

Tarian Ulek Mayang dan Rodat merupakan antara khazanah seni budaya yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Terengganu. Kedua-duanya bukan sekadar …