KHIDMAT MASYARAKAT – INISIATIF JIWA MURNI MEMBANTU PENGGUNA JALAN RAYA YANG MENGALAMI KEROSAKAN KENDERAAN

Semasa menjalankan penugasan Op Selamat 22/2024, anggota BSPT Pasir Puteh terkesan pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Pasir Puteh – Machang /Gerik. Anggota BSPT Pasir Puteh telah menghulurkan bantuan dan sumbangan tenaga untuk membantu membaiki / menukar tayar kenderaan tersebut. Penumpang kenderaan tersebut juga dibawa ke tempat lebih selamat bagi menjamin keselamatan.
BSPT Pasir Puteh sentiasa cakna dan memberi perkhidmatan terbaik demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. Kami menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa menjaga sikap serta toleransi yang tinggi ketika memandu. Op Selamat 22/2024 bermula dari 08/04/2024 hingga 13/04/2024.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …