NEGERI SEMBILAN TERIMA 90 BAS AWAM BAHARU

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju menyediakan 90 bas awam baharu untuk perkhidmatan bas berhenti-henti (MyBas) di seluruh Negeri Sembilan dan lima bas elektrik (EV) yang beroperasi di kawasan Seremban.Ia sebahagian daripada usaha meningkatkan lagi tahap perkhidmatan pengangkutan awam di negeri itu.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, perkara itu sudah dimaklumkan Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan ketika membuat tinjauan operasi MyBas di Terminal 1 Seremban, baru-baru ini. Dua operator baharu dilantik oleh MOT untuk mengendalikan perkhidmatan MyBas di seluruh negeri ini bermula 1 April lalu.

Sehingga 30 Jun 2024, kedua-dua operator berkenaan akan menggunakan bas sedia ada dalam tempoh peralihan tiga bulan dan selepas itu akan ada lebih kurang 90 bas baharu untuk perkhidmatan MyBas ini selain lima bas EV sebagai percubaan. Setakat ini semua laluan seperti sebelum ini dikekalkan namun terdapat beberapa laluan yang tidak mendapat sambutan akan diteliti. Beliau juga mendapat maklum balas daripada pengguna bas bahawa tempoh masa menunggu setiap laluan yang terlalu lama menjadi salah satu punca orang ramai tidak tertarik menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Pihaknya akan mengkaji faktor berkenaan dan akan dibawa ke peringkat MOT untuk perbincangan lanjut. Pihaknya juga akan mengkaji perkara ini dan faktor lain untuk dibawa ke peringkat MOT bagi melakukan penambahbaikan terhadap perkhidmatan MyBas ini.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …