AL-SULTAN ABDULLAH TITAH MASJID LAKSANA SOLAT ISTISQA’ MOHON HUJAN

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya semua masjid di Pahang melaksanakan solat Istisqa’ memohon diturunkan hujan dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata baginda bertitah demikian susulan tinjauan paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El-Nino.

Katanya, baginda juga mendapat makluman terdapat beberapa kejadian kebakaran hutan di Pahang berikutan fenomena terbabit.

“Fenomena El-Nino menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering yang boleh menyebabkan kesan sampingan dan risiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

“Fenomena ini juga boleh menyebabkan krisis bekalan air, kebakaran hutan dan penyakit berkaitan jerebu.

“Sehubungan tu, Ke bawah Duli Paduka Baginda Tuanku menasihatkan rakyat negeri Pahang Darul Makmur khususnya agar meminum air secukupnya selepas berbuka puasa dan menghadkan aktiviti di luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata, baginda turut menasihatkan rakyat agar berjimat dalam penggunaan air.

“Selanjutnya kepada mereka yang mengalami penyakit-penyakit kesan dari fenomena ini segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sumber: BH

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …