RAKYAT NEGERI PAHANG PERLU WASPADA AJARAN SESAT

KUANTAN, 5 APRIL 2024 : Kerajaan Negeri Pahang menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah IbniAl-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran salah atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa semua pihak perlu merujuk kepada ahli-ahli agama yang bertauliah dan berautoriti sekiranyat terdapat sebarang kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Sebagai masyarakat yang mempunyai pendidikan agama, kita tidak boleh membiarkan diri terperangkap dalam jaringan ajaran sesat.

“Jika tiada rujukan, kita bimbang sekiranya ajaran sesat seperti fahaman Khawarij,
Takfiri, Syiah dan apa jua ajaran sesat jika tidak dibendung boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam pada itu berkata, rakyat di negeri ini diminta untuk berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai benar dengan
bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikuti selama ini.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau sebarang bentuk ajaran yang mencurigakan dari semasa ke semasa agar ia dapat ditangani dengan sebaik-baiknya sekaligus memastikan kesucian akidah umat Islam di negeri ini terus terpelihara.

Sumber: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

ANCAMAN OBESITI DIABETES JENIS 2 DALAM KALANGAN REMAJA

Landskap kesihatan awam negara kini berhadapan dengan satu trend patologi yang amat membimbangkan. Penyakit Diabetes Jenis 2, yang secara tradisinya …

MENILAI ANCAMAN TERSEMBUNYI TANAMAN HIASAN KEDIAMAN

Menghiasi ruang kediaman dengan rona hijau flora sering dianggap sebagai satu terapi visual yang mendamaikan. Namun, persepsi popular bahawa penambahan …