MKN PERAK EDAR 300 BUBUR LAMBUK

IPOH, 4 April 2024 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dengan kerjasama pengurusan Masjid Al-Khairiah, Kg Kepayang, Ipoh telah menganjurkan program Jom Kacau Bubur Lambuk yang juga merupakan tahun kedua kolaborasi ini.

Bubur Lambuk “Kanji” Kg Kepayang ini merupakan salah satu bubur lambuk yang terkenal dengan keaslian resepi dan keunikan cara penyediaannya yang masih mengekalkan tradisi dan penggunaan dapur kayu sehingga kini.

Keaslian serta kelazatan bubur lambuk ini terserlah apabila ia turut menjadi rutin penduduk kampung untuk menjadikan ia sebagai juadah berbuka malah sehingga ke waktu bersahur.

Kemeriahan program ini turut dipadu dengan semangat dan kerjasama baik yang melibatkan anak-anak muda dari kampung ini. Selain agihan dibuat kepada penduduk kampung yang akan membawa bekas dalam pelbagai saiz dan jenis, bubur ini juga turut diagihkan di perkarangan Bangunan KWSP Ipoh.

Semoga dengan keberkatan Ramadan kali ini berupaya memacu kebersamaan dan kekitaan dalam mendokong usaha jabatan bersama komuniti.

Turut hadir YBrs Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perak.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …