Kerajaan sedang memantau agensi-agensi penguatkuasaan negara dengan rapi bagi mengelakkan mereka daripada terpalit dengan isu kecurangan, dalam usaha membanteras gejala rasuah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berharap menerusi pemantauan itu ia dapat mengelakkan laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau kegiatan ‘menyakau’ dalam kalangan penjawat awam yang menjalankan amanah menjaga keselamatan negara.