SESB ANGGAR KERUGIAN LEBIH RM40 JUTA AKIBAT KEBAKARAN GUDANG PENYIMPANAN KABEL ELEKTRIK

KOTA KINABALU (4 APRIL): Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menganggarkan kerugian lebih RM40 juta akibat kebakaran yang berlaku di gudang penyimpanan kabel elektrik milik syarikat utiliti itu di Batu 7 Jalan Tuaran di sini petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, kebakaran yang berlaku melibatkan kabel bawah tanah dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

“Anggaran awal yang kita rasakan dan jangkakan adalah melibatkan lebih daripada 500 kabel bawah tanah dan anggaran kerugian setakat ini kita kira adalah lebih RM40 juta.

“Manakala punca kita masih belum kenal pasti, namun dari jangkaan awal adalah disebabkan oleh cuaca yang panas, ini kerana drum kabel itu adalah dari kayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Seikhlas Budi Sesuci Ramadan SESB di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli di sini hari ini. Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Terdahulu, gudang penyimpanan kabel elektrik milik SESB dilaporkan terbakar kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah hari.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan bantuan BBP Kota Kinabalu dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer.

“Kebakaran melibatkan longgokan kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) seluas 0.4 hektar sedang terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media & SESB

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …