JAMBATAN BAKAL DIGANTI TIDAK LAMA LAGI: ABIDIN

RANAU (4 April): Penduduk di Paginatan, khususnya Kg Lungkidau, akan memiliki jambatan gantung dinaik taraf tidak lama lagi dengan peruntukan RM240,000.00 diluluskan Kerajaan Negeri Sabah untuk projek itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir menggesa penduduk bersabar menunggu pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan yang rosak.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan beliau terhadap nasib penduduk di sini dan meluluskan peruntukan untuk pembinaan itu.

“Sebenarnya, sebaik sahaja jambatan gantung lama rosak, saya membawa perkara itu kepada pihak atasan supaya tindakan pantas diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

“Jambatan konkrit Kg Lungkidau sudah dalam peringkat reka bentuk dan tender akan dikeluarkan pada Mei. Pembinaan akan dijalankan sebaik pemilihan kontraktor dimuktamadkan,” katanya.

“Saya diberitahu keseluruhan proses akan mengambil masa kira-kira lapan hingga 16 minggu,” katanya, menjawab laporan Daily Express mengenai kesukaran yang dihadapi penduduk terjejas.

Abdin berkata baru-baru ini, pihaknya menganjurkan penyerahan sumbangan khas kepada penduduk bagi meringankan beban anak-anak yang menyeberangi sungai ke sekolah setiap hari. Sumbangan khas itu diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Lungkidau, Minjun Sapanggal.

“Sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan keperitan hidup penduduk sebelum jambatan itu dipulihkan,” katanya.

Terdahulu, penduduk di tujuh kampung di Paginatan merayu agar jambatan yang rosak akibat banjir pada pertengahan Januari lalu itu dibaik pulih segera. Jambatan gantung yang sepanjang kira-kira 100 meter itu perlu dibina semula untuk kemudahan penduduk.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …