8,339 GOLONGAN MISKIN, FAKIR TERIMA BANTUAN ZAKAT

BUKIT PIATU – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sudah selesai melaksanakan agihan zakat fitrah dan fidyah berjumlah lebih RM4.8 juta kepada golongan miskin termasuk fakir seluruh Melaka.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Rahmad Mariman yang jug Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, berkata agihan berkenaan adalah jenis bantuan zakat disediakan khusus kepada penerima memerlukan setiap tahun.

“Setakat ini MAIM sudah mengagihkan bantuan zakat fitrah dengan jumlah keseluruhan RM3,659,550 kepada seramai 161 penerima fakir dan 8,178 penerima miskin.

“Sementara itu bagi fidyah pula jumlah yang diagihkan adalah RM1,228,050,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Makanan Oleh 99 Speedmart Sdn Bhd Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis, di Pejabat MAIM, semalam.

Rahmad berkata, bahagian agihan zakat MAIM juga dalam tindakan untuk menyalurkan bantuan Syawal kepada semua ketua keluarga isi rumah (KIR) berjumlah RM100.

Jelas beliau agihan itu adalah dilaksanakan menerusi dua kaedah iaitu secara tunai atau dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

Sementara itu mengulas mengenai program berkenaan Rahmad berkata, 99 Speedmart dan MAIM menyumbangkan sebanyak 200 kit makanan mengandungi barangan keperluan harian.

“Ini adalah kali pertama MAIM dan 99 Speedmart bekerjsama dan saya berharap perkara baik seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut