𝐎𝐏 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 : 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍 (𝐏𝐏𝐌) 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐎𝐑𝐄 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 𝐂𝐎𝐀𝐒𝐓 𝐆𝐔𝐀𝐑𝐃 (𝐒𝐏𝐂𝐆) 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍

ISKANDAR PUTERI, 1 April 2024 – Program Rendezvous (RV) telah diadakan bertempat di sempadan perairan negara melibatkan elemen penguatkuasa perairan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Polis Diraja Malaysia bersama Singapore Police Coast Guard (SPCG) bagi membincangkan berkenaan operasi khas jenayah rentas sempadan sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Bin Abdullah berkata selain daripada membincangkan berkenaan Op Khas Aidilfitri, program RV ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi jalinan perhubungan kedua – dua pihak dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan sempadan kedua buah negara. Menerusi Op Khas Aidilfitri ini, sebanyak 9 buah botronda telah diaturgerak dengan kekuatan 72 Pegawai dan Anggota yang telah ditugaskan bermula 01 April 2024 sehingga 20 April 2024.
Beberapa buah bot laju berkuasa tinggi turut ditempatkan di kawasan – kawasan hotspot yang telah dikenalpasti sekitar perairan Timur dan Barat Johor dimana kawasan tersebut telah dikenalpasti antara yang terhampir dengan negara sempadan. Akses ke daratan persempadan seperti Pulau Batam dan Pulau Karimun hanyalah dalam lingkungan 30 – 45 minit sahaja. Lokasi – lokasi ini diantara lokasi yang menjadi tumpuan bagi aktiviti – aktivit jenayah rentas sempadan.
Pertemuan yang diadakan pada kali ini turut dihadiri oleh Komander SPCG, SAC Cheang Keng Keong dan beberapa wakil Pegawai SPCG. Mengambil keberkatan di bulan Ramadhan yg barakah ini, kedua – dua pihak turut berkesempatan untuk sama – sama berbuka puasa dengan sedikit juadah yang telah disediakan.
Mungkin imej 4 orang dan teks
Mungkin imej 2 orang dan teks
Mungkin imej 4 orang, bot dan teks
Mungkin imej 2 orang, bot, kapal selam dan teks yang berkata 'FURUNO FURUNO PC 309 OBTUSE BARRACUDA'
Mungkin imej 2 orang dan Terowong Panama
Mungkin imej 2 orang
Mungkin imej 6 orang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut