TILAWAH, HAFAZAN KEBANGSAAN PADA MEI, ANTARABANGSA OKTOBER INI

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang.

Manakala, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa diadakan pada 5 hingga 12 Oktober.

Justeru, tuduhan menggunakan media sosial kononnya majlis itu tidak diadakan tahun ini adalah tidak benar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata beliau menerima beberapa tangkap layar mendakwa pertandingan tilawah al-Quran tidak lagi dianjurkan pada tahun ini.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya menyemak kebenaran fakta sebelum menyebarkan kepada orang lain atau berkongsi di media sosial.

“Sewajarnya dalam kita mengharungi 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, kita meningkatkan amal ibadat dan meninggalkan perkara sia-sia,” katanya dalam kenyataan di media sosial X, hari ini.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu beberapa pemilik akaun Facebook dan X mendakwa kononnya negara tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan sebaliknya menumpukan kepada penganjuran konsert.

Semakan juga mendapati hantaran itu menggunakan ayat seakan sama mengenai isu itu tetapi daripada pemilik akaun berlainan.

Pada 13 Februari lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan negeri itu akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024.

Sumber: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …