ISI BORANG SEBELUM BALIK KAMPUNG – POLIS

KUANTAN: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dinasihati mengisi borang balik kampung.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata dengan mengisi borang terbabit, ia membantu polis melakukan kekerapan rondaan di kawasan perumahan mereka.

Katanya, maklumat itu penting untuk memastikan pergerakan keluar dan memudahkan polis mengatur rondaan.

“Saya nasihatkan kepada masyarakat yang ingin pulang ke kampung memaklumkan kepada balai polis berdekatan dengan mengisi borang balik kampung.

“Dengan borang itu, kita akan mengatur rondaan di kawasan mereka termasuk bekerjasama dengan pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT),” katanya.

Yahaya berkata demikian ketika ditemui media sempena Program Pencegahan Jenayah Polis Pahang di bazar Ramadan Mahkota Square, di sini petang semalam.

Beliau berkata, ia lebih kepada konsep bagi menunjukkan kehadiran polis untuk turun padang dan bersemuka dengan masyarakat di kawasan tumpuan umum.

“Program ini adalah satu inisiatif Polis Pahang dalam usaha mencegah dan membanteras kegiatan jenayah dan memfokuskan premis peniaga bazar dan pengunjung.

“Program ini juga menjadi satu medium terbaik kepada polis untuk mendekati masyarakat di samping memberikan nasihat berkenaan langkah pencegahan jenayah khususnya sempena musim perayaan yang bakal menjelang,” katanya.

sumber: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …