KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN PETUGAS KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA DIHARGAI

Bersempena dengan bulan Ramadan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengambil kesempatan untuk menyantuni dan beramah mesra bersama petugas keselamatan di  Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), dekat sini.

 

Mengambil kira negeri Kedah mempunyai sempadan darat antarabangsa terpanjang di Semenanjung Malaysia, komitmen dan kesungguhan petugas-petugas yang menjaga keselamatan sempadan negara ini perlu dihargai sewajarnya. Malah, Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 menggariskan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah sebagai satu Teras Keselamatan yang harus didokong dan dilindungi.

 

Selaras dengan fungsi MKN selaku agensi peneraju keselamatan di negeri, program pada hari ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan keberadaan dan kebersamaan MKN untuk turut serta dengan jabatan-jabatan yang lain dalam mengambil peranan menguruskan keselamatan sempadan negara. Secara langsung, ini merupakan isyarat jelas bahawa keselamatan sempadan negara merupakan keutamaan jabatan dan agensi keselamatan yang berkaitan.

 

Kerjasama yang kukuh di antara semua agensi keselamatan merupakan elemen terpenting dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan strategik negara di negeri ini. Mengambil kira situasi keselamatan negara pada masa kini yang lebih kompleks dan semakin dinamik, kebersamaan setiap agensi keselamatan amat dituntut bagi memastikan kelangsungan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang merdeka, aman, selamat serta berdaulat.

 

Program Jalinan Strategik MKN Kedah Bersama Petugas Keselamatan ini menyasarkan penglibatan seramai 300 petugas dan 200 pengembara yang melalui Kompleks ICQS. Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof telah mengadakan sesi walkabout di dalam Kompleks ICQS dan ia juga merupakan lawatan pertama beliau ke Kompleks ini sejak mula dilantik sebagai Pengarah Keselamatan Negeri Kedah pada 25 Februari 2024.

 

Antara 18 jabatan atau agensi yang berperanan di Kompleks ICQS ini adalah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Agensi AntiDadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Hadir sama dalam program ialah Ketua Imigresen Kompleks ICQS, Encik Rosli Issak dan Ketua Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam, Inspektor Malkan Ali.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …