DALAMI ISU KESELAMATAN MELALUI PERMAINAN PAPAN

Pemupukan minda keselamatan melalui permainan papan diteruskan dengan kali ini MKN Kedah berpeluang untuk menyantuni pelajar di Langkawi Tourism Academy (LTA), dan warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

Seramai 50 pelajar dari LTA dan 30 warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi telah menyertai sesi permainan papan yang diadakan sempena siri jelajah daerah Langkawi selama dua hari bermula semalam, 27 Mac.

Dalam sesi permainan papan ‘Cartographer’ ini, peserta didedahkan dengan ancaman keselamatan yang sedang atau mungkin berlaku sekiranya tiada sebarang langkah proaktif diambil. Antara elemen keselamatan yang diberi tumpuan adalah isu keselamatan sempadan, keselamatan sumber dan keselamatan sosial yang jelas dinyatakan di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 sebagai matriks keselamatan yang amat diberi perhatian.

Sesi perkongsian tersebut digarap oleh Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin, dibantu oleh Encik Mohd Nurul Hasri Abdullah Hashim.

Pemahaman mengenai keselamatan yang diolah di dalam permainan papan ini merupakan inisiatif baharu MKN Kedah dalam usaha membentuk minda keselamatan dalam kalangan masyarakat.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …