PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK @MASJID PUTIH KUALA TERENGGANU

1 April 2024 – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Pengarah Keselamatan Negeri serta warga kerja Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu bersama pihak pengurusan Masjid Putih telah melaksanakan program agihan bubur lambuk di perkarangan pintu utama masjid. Dianggarkan pada kali ini, pihak MKN Terengganu dan pihak masjid telah berjaya menghasilkan 3 periuk bubur lambuk, bersamaan dengan 480 bekas.
Bubur Lambuk telah berjaya diagihkan kepada orang awam bermula jam 2.30 petang dan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menghabiskan edaran tersebut. Masjid Putih dipilih sebagai lokasi agihan kerana ia telah menjadi tradisi rakyat Terengganu untuk mendapatkan bubur lambuk percuma sepanjang bulan Ramadan ini. Tidak hairanlah tempoh agihan itu dapat diselesaikan dengan cepat.
Turut hadir menyampaikan agihan adalah YM. Dato’ Dr. Syed Mohammad Salleh bin Syed Yusof AlZawawi, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu dan Alfadil Ustaz Wan Mohd Hazim bin Mohamed@Wan Mohd Hashim, Ketua Eksekutif Masjid Abidin merangkap Setiausaha Lembaga Pengurusan Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut