PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT “PANTAI BERSIH, RAKYAT SEJAHTERA”

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKNNS) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama SWCorp Malaysia dan SWM Environment Sdn Bhd menghargai petugas-petugas pembersihan yang merupakan golongan wira yang tidak didendangkan khususnya ketika mengendalikan sisa pepejal dan sisa makanan pada bulan Ramadhan. Program Community Based Security Management “Pantai Bersih, Rakyat Sejahtera” yang diadakan pada 29 Mac 2024 bertempat di Pantai Saujana, Port Dickson telah disertai oleh petugas SWM Enviroment serta sukarelawan bagi membersihkan sekitar Pantai Saujana.

Pemilihan petugas pembersihan sebagai kumpulan sasaran bagi program kali ini adalah selari dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 di mana jasa dan sumbangan petugas pembersihan adalah amat penting untuk memastikan kelestarian alam sekitar seiring dengan Teras 7: Pembangunan Mampan, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memupuk semangat dan kesedaran kepada komuniti akan kepentingan petugas pembersihan kepada pembangunan dan keselamatan negara serta kesan sekiranya kewujudan petugas pembersihan diabaikan dan tidak diendahkan selain memperkasakan konteks keselamatan negara Malaysia yang merupakan aspirasi yang bersifat menyeluruh merentas setiap aspek kehidupan tanpa mengira latar belakang.

Perlaksanaan program ini juga membuka mata masyarakat berkenaan skop tugas petugas pembersihan yang melaksanakan tugas mereka seawal pagi hingga lewat malam bagi memastikan kebersihan dalam keadaan yang baik.

Selain itu, penerapan pembentukan minda keselamatan serta usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan petugas pembersihan yang berpotensi menjadi mata dan telinga kepada agensi keselamatan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan keselamatan negara memandangkan mereka adalah golongan yang sentiasa berada di lapangan dan mendapat pelbagai maklumat berkaitan keselamatan secara terus di lapangan.

Pendekatan menyantuni petugas ini juga dapat memberi peluang untuk mendekati dan memberi pendedahan secara tidak langung bagi mencegah kelompok petugas pembersihan daripada dieksploitasi oleh individu, kumpulan atau sindiket untuk terjebak dalam sebarang aktiviti jenayah yang sentiasa mencari golongan-golongan berpotensi di lapangan untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Di samping itu, pihak MKN Negeri Sembilan dan rakan strategik mengambil peluang untuk membuat edaran kit keselamatan dan kebersihan kepada pengujung di sekitar Pantai Saujana. Program diakhiri dengan sesi berbuka santai bersama semua yang terlibat.

 

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut