BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai jenis biskut raya serendah RM13 sebalang. Norazlina Sobri, 44, anak peneroka Felda Lui Selatan berkata, tidak pernah menyesali akan keputusannya itu berikutan niatnya mahu orang ramai dapat merasai pelbagai manisan biskut.

Menurutnya, dia bukan lahir dalam kalangan orang senang, dan susah untuk makan biskut ataupun manisan ketika musim perayaan, disebabkan itu beliau mengambil keputusan menjual dengan harga berpatutan yang mana sebelum ini RM10 sebalang dan dijual dengan harga RM13 hingga RM15 bermula tahun lalu membabitkan 23 jenis biskut antaranya tart nanas, biskut coklat cip, semperit dan florenta.

Anak ketiga daripada tujuh beradik ini memulakan perniagaannya sejak tujuh tahun lalu dengan tiga tahun pertama berniaga di Felda Lui Selatan sebelum berpindah menyewa premis di Bandar Seri Jempol.

Norazlina, bagaimanapun mengakui pada awalnya bimbang tidak mendapat sambutan namun percaya dengan rezeki yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Tahun sebelum ini sepanjang Ramadan beliau menjual kira-kira 12,000 balang dan tahun ini hanya 10,000 balang sebab jualan saya lihat agak perlahan, tetapi sangkaan saya meleset. Ada pertambahan lagi mungkin 2,000 hingga 3,000. Keuntungan pula kalau ikutkan tidaklah banyak mana, namun cukup untuk saya termasuklah membayar upah pekerja serta lain-lain kos selain digunakan untuk menampung perbelanjaan pada bulan-bulan berikutnya.

Beliau juga berpuas hati apabila perniagaannya itu dapat membantu menambah pendapatan golongan ibu tunggal dan penduduk setempat. Mempunya pekerja tetap seramai lima orang sahaja, tetapi Ramadan ini ada pertambahan iaitu pekerja sambilan dalam membantunya menyiapkan biskut raya kerana sepanjang bulan ini premis kami buka bermula jam 7 pagi hingga 4 pagi setiap hari.

Beliau berharap perniagaannya itu dapat bertahan lama susulan ia merupakan mata pencarian utama sekeluarganya walaupun berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barang yang tidak menentu kini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …