KPDN SERBU STOR PENGKALAN HARAM SITA 850 LITER PETROL UNTUK DISELEWENGKAN

TUMPAT 23 Mac : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan.
Semasa serbuan pengkalan haram yang dijadikan stor sementara disyaki merupakan pengkalan berurusan membawa muatan barang kawalan melalui jalan sungai.
Lokasi kejadian Jalan Kasban, Kg. Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan sekitar jam 8.30 pagi tadi telah menyita anggaran 850 liter minyak petrol didalam tong-tong jerikin.
Terdahulu maklumat pasukan risikan menyatakan stor pengkalan haram barang kawalan, disyaki akan dibawa mengharungi melintasi sungai untuk diselewengkan.
Walaubagaimanapun tiada saspek ditahan di lokasi kejadian tersebut, kerana semasa serbuan saspek menyedari kehadiran pasukan terus terjun bersama perahu melarikan diri ke dalam sungai berhampiran, seterusnya kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …