KL, NEGERI SEMBILAN CATAT PENINGKATAN PEMBAZIRAN MAKANAN RAMADAN 2023

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman, kedua-dua negeri itu masing-masing menyaksikan peningkatan 0.93 peratus dan 0.73 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada tahun 2023, sebanyak 64,125.85 tan sisa pepejal dilupuskan di Kuala Lumpur dengan 22,732.61 tan daripadanya adalah sisa makanan. Sementara di Negeri Sembilan pula katanya, 28,044.89 tan sisa pepejal termasuk 9,941.91 sisa makanan dilupuskan, pada tempoh sama.

Lima lagi negeri lain yang berada di bawah selian SWCorp pula mencatatkan penurunan. Penurunan yang ketara direkodkan di Pahang dengan 13.01 peratus, diikuti Kedah (5.57 peratus), Perlis (3.71 peratus), Johor (3.28 peratus) dan Melaka (2.49 peratus). Secara purata setiap hari sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 29 tapak pelupusan pada Ramadan 2023 dan daripada jumlah itu 35.45 peratus atau 2,892 merupakan sisa makanan.

Secara keseluruhan jumlah sisa makanan adilupuskan pada bulan Ramadan didapati bertambah setiap tahun dari 2019 hingga 2022. Bagaimanapun pada tahun 2023, jumlah sisa makanan yang dilupuskan pada bulan Ramadan didapati berkurangan sebanyak 3.07 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Hasil perbandingan jumlah pelupusan sisa makanan bagi tujuh negeri menerima pakai Akta 672 pada bulan Ramadan tahun 2023 menunjukkan jumlah pelupusan sisa makanan paling tinggi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis.

Sumber:Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut