PENUBUHAN WELLNESS HUB KUALA TERENGGANU

Penubuhan Wellness Hub yang berfungsi sebagai One Stop Centre menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat dalam menggalakkan komuniti mengamalkan cara hidup sihat dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti program pengurusan berat badan iFitEr, minda sihat dan lain-lain

Penubuhan Wellness Hub ini adalah selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan menjadikan Rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup yang sihat.

Sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan sebanyak 33 Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha untuk meningkatkan serta memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program berasaskan intervensi perubahan tingkah laku individu dan komuniti yang dilaksanakan di Wellness Hub Terengganu ini penting dalam menggalakkan tingkah laku sihat, mengurangkan prevalen penyakit kronik serta mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit. Ia merupakan inisiatif untuk memperkasakan individu dan komuniti dan menjadi touch point di peringkat komuniti.

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut