SEREMBAN, NILAI LOKASI TUMPUAN WARGA ASING

Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan mengenal pasti lima lokasi ‘panas’ tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga asing di negeri ini. Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, kesemua lokasi tersebut adalah di Seremban dan Nilai. Namun beliau tidak dapat berkongsi lokasi yang tepat kerana ada antaranya agak spesifik namun setiap kali operasi dilaksanakan, daerah Seremban termasuk kawasan Nilai merekodkan jumlah tangkapan paling ramai.

Daripada 1,773 PATI yang ditahan tahun lalu, 1,341 daripadanya ditahan di Seremban termasuk 525 di sekitar kawasan Nilai.Ia membabitkan 699 operasi yang dilaksanakan di seluruh negeri ini dan dalam tempoh itu, seramai 7,852 warga asing telah diperiksa.

Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, seramai 477 PATI telah ditahan dan 416 daripadanya ditahan di daerah Seremban. Tangkapan itu hasil 155 operasi dilaksanakan membabitkan pemeriksaan seramai 3,138 warga asing.

Khusus untuk di Bandar Nilai dan Nilai 3 saja, pihaknya telah melaksanakan 53 operasi dan daripada 314 yang diperiksa, 76 PATI ditahan. Di Nilai 3 sememangnya ramai warga asing yang kebanyakannya adalah warga Pakistan namun hasil pemeriksaan mendapati, mereka ini ada permit bekerja.

Terdapat beberapa kategori warga asing di Nilai 3 antaranya, suami atau isteri kepada rakyat tempatan dan mereka yang sememangnya datang untuk bekerja. Dalam pada itu, statistik menunjukkan jumlah tangkapan PATI di negeri ini telah meningkat berbanding dua tahun sebelumnya iaitu (1,368) orang pada 2022 dan (724) pada 2021. Pihaknya juga menjangkakan jumlah tangkapan akan terus meningkat tahun ini dan operasi akan dilakukan dari semasa ke semasa.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …