TIP KESELAMATAN MAKANAN DI BULAN RAMADAN

Masyarakat disarankan agar mengamalkan lima kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga adalah bersih dan selamat.

Amalan itu ialah menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan; dan menggunakan peralatan yang berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada makanan yang dimasak.

Seterusnya, masak makanan dengan sempurna dan pastikan ia dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat jam; simpan makanan sedia dimakan pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga hari di dalam peti sejuk; serta menggunakan bahan mentah segar dan air bersih untuk memasak.

Peniaga di bazar Ramadan juga diingatkan supaya sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual bagi mengelakkan kes keracunan makanan. Keracunan makanan adalah penyakit disebabkan pengambilan makanan atau minuman yang tercemar dengan toksin terhasil daripada bakteria, virus atau parasit. Keracunan makanan tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan seterusnya mengancam nyawa

Untuk bulan ramadan ini ada yang membeli makanan di bazar ramadan dan ada juga yang memasak sendiri. Untuk memastikan makanan yang dibeli itu selamat umtuk dimakan, ikuti tip makanan selamat semasa di rumah sempena ramadan ini iaitu;

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …