MARITIM MALAYSIA TAHAN 2 BOT NELAYAN ASING VIETNAM, RAMPAS 1.3 TAN HASIL LAUT

Maritim Negeri Terengganu berjaya menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh perairan negara di dua lokasi berbeza di perairan Terengganu, pada 6 Mac 2024.

Menurut, Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, kedua-dua buah bot nelayan asing Vietnam terbabit berjaya ditahan oleh kapal peronda maritim KM REDANG melalui OP NAGA BARAT lebih kurang pada jam 12.30 dan 1.30 tengah hari di kedudukan lebih kurang 137 batu nautika Timur Muara Kuala Terengganu.

Seramai 19 nelayan warga Vietnam beserta tekong, berusia dalam lingkungan umur 28 hingga 55 tahun diperiksa, didapati kesemuanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kedua-dua bot nelayan asing itu juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan serta telah melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara.

Sehubungan itu, kesemuanya ditahan dan kedua-dua bot beserta 1.3 tan hasil tangkapan laut disita untuk tindakan lanjut. Kesemua hasil rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai lebih RM3 juta.

Proses mengiring bot-bot tahanan mengambil masa melebihi 30 jam. Bot tahanan bersama kesemua nelayan asing terbabit tiba di Jeti Maritim Negeri Terengganu sekitar pukul 9 malam semalam dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

OP NAGA merupakan operasi bersepadu pelbagai agensi bertujuan menangani pencerobohan bot nelayan asing dan mengelak kehilangan sumber hasil laut negara telah diaktifkan sejak April 2019.

Sehingga akhir 2023, OP NAGA BARAT telah mencatatkan sebanyak 72,118 pemeriksaan dengan melibatkan 595 tangkapan. Nilai hasil keseluruhan tangkapan adalah melebihi RM 1 bilion. Sejak OP NAGA diaktifkan, data dari Jabatan Perikanan Malaysia merekodkan hasil tangkapan ikan negara telah meningkat sebanyak 2.5 peratus.

Oleh itu, Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim terutamanya untuk terus menyalurkan maklumat serta menjadi mata dan telinga untuk pasukan penguat kuasa dalam mengekang dan memerangi salah laku jenayah laut terutamanya membabitkan pencerobohan bot-bot nelayan asing di perairan negara.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut