PENIAGA JUAL CECAIR VAPE ‘PERISA KETAMIN’ DIBERKAS

Polis menahan peniaga yang disyaki menjual cecair vape mengandungi dadah jenis ketamin di Taman Ria, di Port Dickson. Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, pihaknya menahan lelaki berusia 26 tahun itu di premisnya semalam. Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Port Dickson dan merampas cecair vape yang dijual di premis itu. Polis mengenalpasti modus operandi suspek dipercayai mencampurkan cecair vape dengan dadah disyaki ketamin.

Polis percaya cecair vape yang mengandungi dadah itu dijual di kalangan warga tempatan di sekitar pekan Port Dickson dan sekitarnya. Pihaknya turut merampas tiga botol cecair yang dipercayai mengandungi cecair dadah ketamin dan 164 botol cecair pelbagai perisa yang sudah dibungkuskan semula dalam kuantiti yang lebih kecil sebelum dijual kepada pelanggannya. Cecair vape yang sudah bercampur dadah itu dimasukkan dalam botol yang kuantiti lebih kecil sebelum dijual kepada pelanggannya. Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 4,885 mililiter yang dianggarkan bernilai RM14,654.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki cecair dadah dan positif dadah disyaki ketamin. Suspek sedang direman dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Majisterat Port Dickson pada Isnin.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut