BEBERAPA ENAKMEN BERKAITAN ISLAM DI NEGERI SEMBILAN AKAN DIPINDA – TUANKU MUHRIZ

Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda, titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Baginda bertitah, ia membabitkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2024, dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan). Semua inisiatif ini dijangka dapat memantapkan lagi pentadbiran agama Islam di negeri ini dengan memperbesarkan skop dan bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta memudahkan agensi itu lebih proaktif dalam memulakan inisiatif baharu. Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, selain dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dan Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir. Tuanku Muhriz bertitah, bagi mencapai tahap negara maju, keutamaan perlu diberikan kepada Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedang giat diperluaskan. Program pendidikan berkenaan penting dalam usaha menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan industri bagi kemajuan negara. MAINS menjalinkan kerjasama program TVET dengan beberapa institusi pendidikan bagi anak-anak asnaf, dalam bidang kemahiran seperti kimpalan, mekatronik, penyaman udara dan pengudaraan mekanikal. Peranan MAINS dalam menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan bidang diperlukan bagi memajukan masyarakat Islam, amat dialu-alukan. MAINS turut menggantikan sistem pinjaman kepada biasiswa penuh pada tahun lalu yang dapat memanfaatkan 41 pelajar dengan membabitkan kos berjumlah hampir RM1 juta. Seterusnya, baginda bertitah, MAINS telah membiayai penyelidikan dijalankan institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus program bertujuan membangunkan masyarakat Islam di negeri ini. Sebagai contoh, pembiayaan telah diberikan untuk Kajian Had Kifayah atau Kadar Keperluan Asas Minimum berdasarkan kos sara hidup kini. Hasil kajian ini membantu menentukan kelayakan bantuan yang perlu diberikan kepada golongan asnaf.  Baginda bertitah, MAINS juga giat melahirkan usahawan dalam kalangan asnaf agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, melalui aktiviti sosioekonomi diusahakan seperti projek ternak ayam kampung, projek madu kelulut dan kursus latihan urutan badan melalui program Usahawan MyBeedan.

Tuanku Muhriz juga bertitah, tugas memelihara dan menegakkan syiar Islam memerlukan usaha kolektif daripada semua pemimpin negeri serta Persekutuan yang berperanan dalam menyantuni dan membangunkan umat Islam di negeri ini. Terapkanlah nilai-nilai kasih sayang, muhibah dan toleransi dalam perhubungan, serta hindarilah persengketaan yang merugikan agama dan bangsa. Semua pihak perlu memelihara keharmonian, menghormati perbezaan, menghargai persamaan dan mencintai kedamaian antara kaum. Tuanku Muhriz turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada Ramadan yang bakal tiba, serta berkenan mendoakan hasrat rakyat Palestin menubuhkan negara yang bebas dan merdeka menjadi kenyataan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …