PROGRAM BASMI RASUAH “TADBIR URUS YANG BAIK TERAS KESELAMATAN NEGARA” BERSAMA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2024
5 March – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan melaksanakan Program Basmi Rasuah yang bertajuk “Tadbir Urus Yang Baik Teras Keselamatan Negara”.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi perkongsian dan pendedahan berkaitan rasuah kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah.