SITUASI SEMASA KES MALARIA NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU EPID 7/2024

Berdasarkan perkongsian data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), sehingga ME 7/2024, terdapat 2 kes malaria dilaporkan (1 malaria zoonotik; 1 malaria import), dikenalpasti di daerah Kuala Nerus dan Dungun, berbanding 13 kes (12 malaria zoonotik; 1 malaria import) pada tempoh yang sama bagi tahun 2023.

Orang ramai diingatkan untuk segera berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan selepas pulang dari kawasan berisiko malaria.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …