PROGRAM PEMANTAPAN KESELAMATAN KOMUNITI BERSAMA KETUA KOMUNITI MADANI DAERAH BATU PAHAT
Pada 25 Februari 2024 (Ahad), Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat beserta rakan agensi strategik iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Jabatan Perangkaan Malaysia Johor, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Klinik Kesihatan Bagan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Batu Pahat, Johor FM dan Pejabat PERKESO Batu Pahat telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Keselamatan Komuniti Bersama Ketua Komuniti Madani Daerah Batu Pahat.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Faiz bin Azman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Keselamatan Negeri Johor.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membentuk dan memperkukuhkan minda keselamatan dalam kalangan Ketua Komuniti Madani Daerah Batu Pahat melalui perkongsian maklumat mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 dan isu keselamatan di daerah Batu Pahat.
Diharapkan agar semua para peserta akan mendapat manfaat daripada perkongsian di dalam program ini dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam bidang tugas dan fungsi masing-masing agar Malaysia akan terus kekal wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …