ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„ππ€ππ€πŒ 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 πƒπˆ 𝐋𝐀𝐓𝐀 πŠπŽπ‹π€πŒ π€πˆπ‘ 𝐃𝐄𝐑𝐔 π„π‚πŽππ€π‘πŠ

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan program penanaman pokok hutan di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut pada 1 Mac 2024.
Program yang turut disertai oleh pihak PDRM yang diwakili oleh Ybrs. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad (mewakili YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Ketua Polis Terengganu), wakil dari Pejabat Daerah Besut, Pengurus kepada Lata Kolam Air Deru Ecopark, kakitangan MKN Terengganu dan kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Besut, adalah menyahut kepada perlancaran kempen penanaman 100 juta pokok yang telah dilancarkan sebelum ini.
Dengan membawa tema ‘π™†π’†π™‘π’†π™¨π’•π™–π’“π™žπ’‚π™£ π˜Όπ’π™–π’Ž π‘»π™–π’π™œπ’ˆπ™ͺπ’π™œπ’‹π™–π’˜π™–π’ƒ π‘©π™šπ’“π™¨π’‚π™’π’‚’, diharapkan program seperti ini dapat menimbulkan kesedaran orang ramai akan kepentingan untuk menjaga alam semulajadi agar kekal selamat dan terpelihara selaras dengan
Dasar Keselamatan Negara yang melibatkan nilai teras Pembangunan Mampan (Nilai Teras 7).
Selain itu juga ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran am dan kecintaan terhadap kepentingan alam semulajadi, meningkatkan kualiti alam sekitar dan nilai estetika sebagai daya tarikan pelancongan, menyokong program penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok ini menjelang 2025.
“π™†π’†π™‘π’†π™¨π’•π™–π’“π™žπ’‚π™£ π˜Όπ’π™–π’Ž π‘»π™–π’π™œπ’ˆπ™ͺπ’π™œπ’‹π™–π’˜π™–π’ƒ π‘©π™šπ’“π™¨π’‚π™’π’‚”

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut