MIKROPLASTIK: SAMPAH KINI JADI SEBAHAGIAN DARIPADA TUBUH KITA

Mikroplastik merupakan kepingan halus plastik bersaiz kurang daripada lima (5) millimeter yang hampir-hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ada di mana-mana sahaja. Kajian telah menemukan bahan ini di dalam awan serta dibahagian paling dalam di lautan.

Penemuan mikroplastik dalam kehidupan marin atau di dalam sungai bukanlah sesuatu yang ganjil. Yang membimbangkan ialah penyelidikan mendapati mikroplastik ini boleh memberi kesan ke atas kelakuan haiwan selain memendekkan jangka hayatnya. Persoalannya adakah manusia juga mengalami kesan yang serupa?

MIKROPLASTIK DALAM TUBUH KITA

Mikroplastik adalah kepingan halus plastik yang terhasil daripada bahan api fosil. Penciptaan plastik mengubah cara hidup kita memandangkan bahan ini mudah dihasilkan,ringan,kalis air serta amnya tidak mudah pecah. Plastik juga boleh dikatakan hampir-hampir kekal abadi kerana mengambil masa beratus ribut tahun untuk terurai. Sifat inilah yang menimbulkan masalah bagi dunia sekarang.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam (SWCorp) merekodkan sejumlah 101,949 tan atau 13 peratus(%) daripada sampah yang dihasilkan oleh penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2021 adalah plastik.

Sisa plastik terurai menjadi mikroplastik dan nanoplastik iaitu kepingan plastik yang lebih halus dan dikategorikan sebagai zarah sekunder.

Prof Dr Yusof Shuaib Ibrahim,pakar biologi marin daripada Universiti Malaysia Terengganu menyatakan zarah primer adalah plastik yang dihasilkan dalam bentuk kecil kebiasaanya untuk kegunaan domestic seperti manik-manik yang digunakan seperti pencuci muka dan ubat gigi.

Dalam ekosistem, penemuan plastik di mana-mana sahaja. Mikroplastik dalam tubuh manusia juga begitu. Kajian menemukan mikroplastik antaranya dalam paru-paru,jantung dan plasenta manusia.

CARA -CARA MENANGANI

Semua saintis yang ditemubual bersetuju bahawa langkah menangani harus bermula dari sekarang sekalipun kaitan kukuh antara mikroplastik dan penyakit tidak dapat dibuktikan sehinggalah 10 tahun akan datang. Perkara ini memerlukan perubahan dasar dan juga di peringkat masyarakat. Kegiatan manusia meningkatkan jumplah mikroplastik sitapak bermakna kita perlu mengubah sistem Pengurusan Sisa Dan kemudian menambah baik kelakuan manusia. Sekalipun perubahan dasar kini ke Arab yang betul dengan kerajaan menumpukan pada oenghapusan penggunaan plastik sekali Guna menjelang 2030, ianya bukan mudah untuk mengubah pemikiran manusia.

Plastik mudah duperileh. Murah untuk dihasilkan dan boleh disesuaikan kegunaan mengikut keperluan seseorang. Susah kitar semula plastik di negara ini boleh dikatakan gagal kerana hanya pada kadar 33 peratus setakat 2022 berbanding sasaran 40 peratus menjelang 2025.

Masyarakat perlu memikirkan tentang cara untuk mengubah sikap dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Penggunaan plastik terbiodegradasikan sebagai plastik sekali guna.

 

Sumber : Bernama.com

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut