SEMANGAT PATRIOTISME PENTING DALAM ARUS DUNIA GLOBALISASI MASA KINI

Patriotisme merupakan satu perasaan atau emosi yang diekspresikan sebagai tanda cinta dan sayang kepada tanah air. Patriotisme penting dalam memastikan kedaulatan negara dipertahankan dan rakyat dapat hidup secara aman damai. Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 turut menjelaskan tentang memperkasa semangat patriotisme dengan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan fungsi tugas. Pengurusan keselamatan adalah tanggungjawab semua dan merupakan keselamatan menyeluruh. Rakyat berkewajipan memelihara kedaulatan Malaysia daripada segala ancaman sama ada dari dalaman mahupun luaran, atas kepentingan memupuk semangat patriotisme di dalam dunia globalisasi dan ledakan teknologi maklumat kini.

Islam telah menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara apatah lagi jika sesebuah negara itu adalah negara umat Islam. Janganlah ada dalam kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga keharmonian dan kedaulatan di negara kita terancam, retak dan hancur.

Mutakhir ini pelbagai cara sedang dilakukan oleh musuh-musuh untuk melemahkan patriotisme ummah antaranya manipulasi fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun akidah dan pemikiran yang dilakukan dan disebarkan antaranya melalui media sosial. penjajahan minda di bawah media baharu yang canggih menjadikan ruang sosial tidak mempunyai sempadan lagi dan segala maklumat memenuhi ruang tanpa kawalan dan pemantauan yang berkesan. Sekiranya perkara ini kita hadapi tanpa strategi dan perancangan yang teratur, dibimbangi akan menghakiskan semangat patriotisme rakyat di negara kita. sikap tidak kasih kepada negara, memporak-perandakan negara, memusnahkan perpaduan kaum, dan mementingkan diri boleh menghancurkan kedaulatan bangsa dan negara. Pupuklah nilai keprihatinan dalam diri kita dan masyarakat berteraskan keimanan dan ketaqwaan yang sejati agar semangat persaudaraan dan kasih sayang antara satu sama lain semakin utuh dan mantap. Patriotisme harus difahami sebagai perasaan mesra dan merupakan satu sentimen yang mempunyai kaitan dengan negara bangsa. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan.Β Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan keamanan yang sedia ada.

Justeru, penumpuan terhadap pengaruh yang menerapkan nilai-nilai patriotisme perlu diberi perhatian agar elemen ini dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat secara efektif dan efisien memastikan pembinaan kehidupan yang lebih baik dan menjamin keselamatan negara. Semangat patriosme dan kecintaan yang tinggi kepada negara merupakan banteng bagi mempertahankan serta menjamin keharmonian yang dinikmati kini terus dikekalkan.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakatΒ  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut