JOM MULAKAN 10,000 LANGKAH SEHARI SEBAGAI AMALAN BUDAYA HIDUP SIHAT

Ayuh jadikan “berjalan 10,000 langkah” setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda. Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal, tetapi memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada anggota badan.

Langkah-langkah ini tidak hanya membawa kesegaran fizikal tetapi juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, obesiti, diabetes dan kemurungan. Berjalan sejauh 1 kilometer (km) bukan hanya akan meningkatkan kecergasan tetapi juga membakar kalori sebanyak 48.4kcal. Antara fakta menarik mengenai berjalan kaki adalah:

  1. Berjalan 10,000 langkah sehari bersamaan dengan 6.5 kilometer membakar 380 kalori;
  2. Berjalan satu kilometer bersamaan dengan 1,200 langkah kaki;
  3. Seminit berjalan bersamaan dengan 100 langkah kaki purata;
  4. Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.

 

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …