KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI KEPADA YAB MENTERI BESAR PERAK

IPOH, 28 Februari 2024 (Rabu) – YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan diri sebagai Pengarah Keselamatan Negeri yang baharu.

Dalam pertemuan itu Tuan Pengarah Keselamatan Negeri telah menerangkan secara ringkas perancangan MKN Perak untuk tahun 2024. Selain itu isu-isu keselamatan di peringkat negeri juga dibincangkan agar ianya dapat diselaraskan bersama agensi -agensi berkaitan.

Terima kasih

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …