PERTEMUAN DUA HALA ERAT KERJASAMA STRATEGIK PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Dalam pertemuan ringkas ini, Puan Zuraini mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri dan bersuai kenal bersama Dato’ Seri di samping membincangkan isu keselamatan semasa di negeri Kedah. Antara isu yang menjadi tumpuan, penyeludupan dadah melalui jalan tikus dan kewujudan jeti-jeti haram.

Pertemuan ini merupakan kunjung hormat yang pertama buat Puan Zuraini selepas menjawat jawatan Pengarah Keselamatan Negeri Kedah. Keutamaan ini memperlihatkan kesungguhan MKN Kedah untuk meneruskan kerjasama dan hubungan baik antara MKN Kedah dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah, Bakhtiar Effendy Khalid dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah, Mior Ahmad Shah Mior Shahidin.

Puan Zuraini berbincang bersama Dato’ Seri Norizan Khazali

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …