PINJAMAN TIDAK WUJUD: TIGA INDIVIDU KERUGIAN LEBIH RM20,000

Jabatan siasatan Jenayah Komersial Terengganu telah mengeluarkan statistik (18 Februari 2024 sehingga 24 Februari 2024), sebanyak 81 laporan polis telah diterima iaitu terdapat peningkatan 10 kes  berbanding minggu sebelumnya. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 7 kertas siasatan telah dibuka dengan jumlah kerugian sebanyak RM 44,455.00.

Tiga kes adalah melibatkan Pinjaman Tidak Wujud dengan jumlah kerugian sebanyak RM 20,040.00 iaitu mangsa mendapat tawaran pinjaman melalui medium media sosial Facebook dan bersetuju untuk membuat pinjaman melalui syarikat pinjaman tersebut. Mangsa turut telah membuat bayaran ke beberapa akaun bank (keldai akaun) namun tidak menerima wang pinjaman yang dijanjikan.

Kes pertama: mangsa merupakan seorang kontraktor (41 tahun) telah memohon pinjaman wang sebanyak RM 10,000 dan mengalami kerugian sebanyak RM 4,100.

Kes kedua: mangsa merupakan seorang peniaga (37 tahun) telah memohon pinjaman sebanyak RM 60,000 dan mengalami kerugian sebanyak RM 8,400.

Kes ketiga: mangsa merupakan seorang operator (33 tahun) telah memohon pinjaman sebanyak RM 60,000 dan mengalami kerugian sebanyak RM 7,540.

Orang ramai diingatkan supaya menyemak nama syarikat, syarat sah pemberian pinjaman wang berlesen dan prosedur bagi pinjaman wang sebenar. Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan melalui laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pengesahan syarikat pinjaman wang.

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …